28 October 2012

Kun Fayakun


Sahabat




Ya allah,
Hati ini sayu bila tarikh perpisahan kami bakal hampir tiba,
Entah kenapa diri ini tidak dapat mengawal kesedihan ini,
Sahabat,
Sesungguhnya kamu semua merupakan sabahat sejati untukku,
Selama ini selalu aku ungkapkan susuh mencari sahabat sejati,
Aku tak Nampak bahawa sahabat yang berada di hadapanku,
Merupakan sahabat sejati,
Sahabat yang ada bersama-sama setiap kali aku susah dan senang,
Tidak pernah walau sekali kamu semua tak berada bersama aku ketika aku sakit,
Sentiasa ada dikala diri ini memerlukan nasihat dan bantuan dari kamu semua,
Ya allah,
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka,
Aku menyayangi persahabatan ini Ya Allah,
Sebenarnya susah bagiku hendak menempuh hari perpisahan kami nanti,
Perpisahan yang tidak tahu bila akan berlaku pertemuannya lagi,
Sesungguhnya jika kami di panjangkan umur,
Ingin sekali aku bersama-sama menunut ilmu bersama mereka lagi,
Sahabat,
Ketahuilah bahawa aku tidak pernah sekali pun menyesal dengan pertemuan ini,
Pertemuan yang telah Allah tetapkan bagi kita semua,
Aku sayang kamu semua,
Terima kasih sebab sentiasa berada bersama aku di kala aku susah dan senang,
Mohon maaf ikhlas dariku, sekiranya diri ini pernah melukai kalian secara sedar dan tidak sedar,
Sesungguhnya aku hanya insan biasa, yang sentiasa cuba memperbaiki diri agar menjadi sahabat terbaik buat kalian semua,
Ya Allah,
Kau lindungilah mereka sentiasa Ya Allah,
Rahmatilah Mereka Ya Allah,
Permudahkanlah segala Urusan baik mereka Ya Allah
Lanjutkan usia mereka Ya Allah,
Pertemukanlah mereka jodoh dikalangan para solihin,
Berilah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Semuga persahabatan kami berakhir dan di pertemukan di syurgamu kelak,
Amin.


27 September 2012

Doaku

Assalammualaikum,,
Alhamdulillah, Tuhan masih memberikan aq peluang untuk bernafas lagi di syurga sementaraNYA ini, syukur :).Pagi tadi selepas menunaikan solat subuh, aq telefon rumah, (kampung) bapa aq yang angkat..Terdengar suaranya yang agak berlainan dari biasa. Aq bertanya sama ada dia sihat atau tidak? Ternyata tekaan aq betol, dia demam selesema...hurm..
Ya Allah, aq bermohon padaMU, KAU berilah kesihatan yang baik kepada ibu bapa ku, ahli keluargaku..Mereka adalah segala-galanya bagiku, Mereka adalah harta yang tidak ternilai harganya yang KAU berikan di dunia ini.Sesungguhnya aq amat menyayangi mereka Ya Allah. Lindungilah mereka sentiasa dan berkatilah hidup kami bersama. Sesungguhnya hambaMu ini jauh untuk menjaga mereka T_T .Ya Rahman Ya Rahim, haya padaMU aq meminta pertolongan. Amin 

26 September 2012

Minggu 3,,

Asalammualaikum,
Alhamdulillah minggu ni minggu ke 3 aq berada di UPSI bagi menyambung sisa-sisa pelajaran aq di semester terakhir.Syukur segalanya berjalan dengan lancar.Kerja juga semakin banyak namun aq bersyukur dan berharap dipermudahkan segala urusanku di sini. Ya Allah, walau ada ketikanya hati ini memberontak rasa ingin pulang ke pangkuan keluarga, namun aq tetap gigihkan diri ini untuk terus berjuang demi mendapatkan segulung ijazah demi masa depan dan keluarga tersayang.
Ya Allah, Kau tetapkanlah iman dan akidah aq ini sentiasa berada pada JalanMU dan Agama MU.
Tetapkan lah pendirian yang selama ini aq pegang dan biarlah ianya sentiasa berdiri teguh, seteguh AgamaMU Ya Allah...Amin Ya Rabbal Al Amin :)

I believe