27 September 2012

Doaku

Assalammualaikum,,
Alhamdulillah, Tuhan masih memberikan aq peluang untuk bernafas lagi di syurga sementaraNYA ini, syukur :).Pagi tadi selepas menunaikan solat subuh, aq telefon rumah, (kampung) bapa aq yang angkat..Terdengar suaranya yang agak berlainan dari biasa. Aq bertanya sama ada dia sihat atau tidak? Ternyata tekaan aq betol, dia demam selesema...hurm..
Ya Allah, aq bermohon padaMU, KAU berilah kesihatan yang baik kepada ibu bapa ku, ahli keluargaku..Mereka adalah segala-galanya bagiku, Mereka adalah harta yang tidak ternilai harganya yang KAU berikan di dunia ini.Sesungguhnya aq amat menyayangi mereka Ya Allah. Lindungilah mereka sentiasa dan berkatilah hidup kami bersama. Sesungguhnya hambaMu ini jauh untuk menjaga mereka T_T .Ya Rahman Ya Rahim, haya padaMU aq meminta pertolongan. Amin 

26 September 2012

Minggu 3,,

Asalammualaikum,
Alhamdulillah minggu ni minggu ke 3 aq berada di UPSI bagi menyambung sisa-sisa pelajaran aq di semester terakhir.Syukur segalanya berjalan dengan lancar.Kerja juga semakin banyak namun aq bersyukur dan berharap dipermudahkan segala urusanku di sini. Ya Allah, walau ada ketikanya hati ini memberontak rasa ingin pulang ke pangkuan keluarga, namun aq tetap gigihkan diri ini untuk terus berjuang demi mendapatkan segulung ijazah demi masa depan dan keluarga tersayang.
Ya Allah, Kau tetapkanlah iman dan akidah aq ini sentiasa berada pada JalanMU dan Agama MU.
Tetapkan lah pendirian yang selama ini aq pegang dan biarlah ianya sentiasa berdiri teguh, seteguh AgamaMU Ya Allah...Amin Ya Rabbal Al Amin :)

14 September 2012

Jodoh,Pertemuan


asalammualaikum,
Jodoh pertemuan semuanya di tentukan oleh Allah,
Selama ini aq berdoa agar di pertemukan jodoh yang soleh dan sentiasa berada di jalanMU agar dapat membimbing aq agar lebih dekat denganMu Ya Tuhan,
Tapi bila seseorang itu datang dan cuba dekat denganku, kenapa hati ini rasa seperti gelisah dan seperti tak nak ada perubahan dalam hidupku ini.
Sebab aq berasa sangat bahagia di samping keluarga tercinta dan rakan di sekeliling walaupun ada ketikanya terasa seperti masih ada kekosongan dalam diri ni.
Hurmm..
Ya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang, berikanlah aq petunjuk, JIKA benar dia untuk aq dekatkn lah kami dan bukakan la pintu hati ini untuk menerima dia seadanya, JIKA dia bukan untukku jauhkanlah dia dari aku agar hati ini tidak berharap dan tidak diberi harapan palsu.
Amin..:)

12 September 2012

Tg Malim,


Asalammualaikum,,
Hari ini hari ke empat berada d Tg Malim bagi menjalani kehidupan sebagai siswi di tahun akhir di UPSI.
Alhamdulillah hari ini dan lps semuanya berjalan dengan lancar..syukur Ya Allah.
Semoga hari2 mendatang juga di permudahkan olehMu Ya Allah dan Semoga kejayaan milik hambaMu ini Ya Allah..
Amin ;)

06 September 2012

H3LL0


H3@RT


L0V3



Tahun Akhir, Semester Akhir di Tg Malim


Asalammualaikum,,
semester akhir bakal bermula 3 hari sj lagi...
hurm..Rasa seronok pula duduk rumah 3bulan lebih tapi perjuangan harus di teruskan hingga ke akhirnya..
Yeah!..
Semoga diri ini di beri semngat dan kekuatan bagi menghadapi semester baru ini..
Ya Allah, semoga semuanya d permudahkan dan berjalan dengan lancar.
Amin.
Caiyok3...(^___^)

I believe